Sunday, May 20, 2007

KONVENSYEN PAS PAHANG



Oleh Azwan
Pada 20 Mei 2007 telah berlansung Konvensyen Pas Pahang yang diadakan di Dewan Besar, Pas Kawasan Jerantut di Temin. Peserta sasaran dalam tersebut ialah Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri, Dewan Harian dewan-dewan di peringkat negeri, dewan harian di peringkat kawasan-kawasan dan dewan harian dewan-dewan di peringkat kawasan.

Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran, perbarisan Unit keselamatan, Unit amal dan Nisa’, perbentangan laporan tahunan negeri oleh Setiausaha perhubungan, dan Ucaptama Pesuruhjaya Pas pahang pada sebelah paginya. Manakala di sebelah petang pula majlis diteruskan dengan perbahasan perwakilan daripada kawasan-kawasan dan dewan-dewan serta perasmian penutup oleh Ust Nasharudin Mat Isa ( Timbalan Presiden Pas ).

Di antara perbahasan-perbahasan perwakilan pada hari tersebut ialah berkenaan pilihanraya, penerangan, kelemahan tarbiah, pendidikan dan isu-isu menarik. Perbahasan perwakilan yang sangat menarik pada konvensyen tersebut ialah, ucapan dewan pemuda negeri dan dewan ulama’ negeri. Ucapan mereka menyentuh jiwa perwakilan dan memberi suntikan semangat baru kepada peserta konvensyen.

Ucapan menarik Dewan Ulama Negeri, Ust nafiri bin Toazi, yang menyeru perwakilan supaya menghayati kembali tarbiah dan kembali kepada akidah islam yang sahih. Hasil daripada pemantapan tarbiah.

KARNIVAL SUKAN PASTI PAHANG 2007











Oleh Azwan,
Pada 19 Mei ( Sabtu ) yang lalu, satu Kanival Sukan Pasti Pahang 2007 telah diadakan di padang Felda Purun Bera yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program tersebut dirasmikan oleh Ust Suhaimi bin Saad ( Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang ) di majlis penutupan pada sebelah petangnya.

Karnival sukan tersebut, disertai oleh sepuluh pasti kawasan-kawasan dan mempunyai dua permainan yang besar iaitu bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Permainan bola sepak, sebanyak sepuluh pasukan yang bertanding, manakala permainan bola jaring sebanyak lapan pasukan yang bertanding.

Selain pertandingan bola sepak dan bola jaring, karnival ini juga dimeriahkan dengan acara orang dewasa iaitu boling padang untuk kaum muslimat dan tendang bola bagi orang lelaki.

Hasil daripada pertandingan tersebut, Pasti kawasan Bera mendapat johan bagi acara bola sepak dan Pasti kawasan Kuantan menjuarai bagi acara bola jaring. Pasti-pasti yang menjuarai pertandingan ini, akan di bawa ke pertandingan sukan pasti di peringkat kebangsaan pada penghujung jun nanti.

Karnival ini juga, mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa pelajar dan kebanyakan ibu bapa hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Selain itu, karnival ini juga diraikan oleh penduduk setempat, ramai yang datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis berakhir selepas perasmian penutup dan pembahagian hadiah-hadiah kepada pemenang.