Sunday, May 20, 2007

KONVENSYEN PAS PAHANG



Oleh Azwan
Pada 20 Mei 2007 telah berlansung Konvensyen Pas Pahang yang diadakan di Dewan Besar, Pas Kawasan Jerantut di Temin. Peserta sasaran dalam tersebut ialah Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri, Dewan Harian dewan-dewan di peringkat negeri, dewan harian di peringkat kawasan-kawasan dan dewan harian dewan-dewan di peringkat kawasan.

Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran, perbarisan Unit keselamatan, Unit amal dan Nisa’, perbentangan laporan tahunan negeri oleh Setiausaha perhubungan, dan Ucaptama Pesuruhjaya Pas pahang pada sebelah paginya. Manakala di sebelah petang pula majlis diteruskan dengan perbahasan perwakilan daripada kawasan-kawasan dan dewan-dewan serta perasmian penutup oleh Ust Nasharudin Mat Isa ( Timbalan Presiden Pas ).

Di antara perbahasan-perbahasan perwakilan pada hari tersebut ialah berkenaan pilihanraya, penerangan, kelemahan tarbiah, pendidikan dan isu-isu menarik. Perbahasan perwakilan yang sangat menarik pada konvensyen tersebut ialah, ucapan dewan pemuda negeri dan dewan ulama’ negeri. Ucapan mereka menyentuh jiwa perwakilan dan memberi suntikan semangat baru kepada peserta konvensyen.

Ucapan menarik Dewan Ulama Negeri, Ust nafiri bin Toazi, yang menyeru perwakilan supaya menghayati kembali tarbiah dan kembali kepada akidah islam yang sahih. Hasil daripada pemantapan tarbiah.

KARNIVAL SUKAN PASTI PAHANG 2007











Oleh Azwan,
Pada 19 Mei ( Sabtu ) yang lalu, satu Kanival Sukan Pasti Pahang 2007 telah diadakan di padang Felda Purun Bera yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program tersebut dirasmikan oleh Ust Suhaimi bin Saad ( Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang ) di majlis penutupan pada sebelah petangnya.

Karnival sukan tersebut, disertai oleh sepuluh pasti kawasan-kawasan dan mempunyai dua permainan yang besar iaitu bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Permainan bola sepak, sebanyak sepuluh pasukan yang bertanding, manakala permainan bola jaring sebanyak lapan pasukan yang bertanding.

Selain pertandingan bola sepak dan bola jaring, karnival ini juga dimeriahkan dengan acara orang dewasa iaitu boling padang untuk kaum muslimat dan tendang bola bagi orang lelaki.

Hasil daripada pertandingan tersebut, Pasti kawasan Bera mendapat johan bagi acara bola sepak dan Pasti kawasan Kuantan menjuarai bagi acara bola jaring. Pasti-pasti yang menjuarai pertandingan ini, akan di bawa ke pertandingan sukan pasti di peringkat kebangsaan pada penghujung jun nanti.

Karnival ini juga, mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa pelajar dan kebanyakan ibu bapa hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Selain itu, karnival ini juga diraikan oleh penduduk setempat, ramai yang datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis berakhir selepas perasmian penutup dan pembahagian hadiah-hadiah kepada pemenang.

Wednesday, May 16, 2007

AGENDA TARBIAH – JANGAN SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SEMATA-MATA.

Oleh Azwan

Tarbiah adalah suatu agenda yang mesti berterusan dan bukannya seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Hal ini kerana, agenda tarbiah merupakan satu agenda yang cukup besar untuk dilaksanakan tanpa mengira batasan masa dan bila sekalipun, bahkan lagi-lagi dalam suasana menghadapi pilihanraya.

Ramai yang salah anggap, apabila kita menghadapi suasana pilihanraya, lalu agenda tarbiah diketepikan. Kita mungkin lupa, walaupun kita hebat dalam strategi tetapi kita akan gagal juga kalau hubungan dengan Khalid ( Allah ) kita lemah.

Oleh yang demikian, usrah di setiap peringkat mesti dihidupkan, supaya akan melahirkan para amilin yang ikhlas berjuang, tautan-tautan hati sesama sahabat sangat kuat dan akhirnya akan menghasilkan kemenangan yang hakiki.

Al-Maududi pernah menyebut dalam kitabnya “Kejayaan Harakah Islamiah” persatuan,-persatuan islam, gerakan-gerakan islam akan gagal jika tidak mempunyai tautan hati yang kuat sesama ahli. Tidak perlu kita hendak melangkah lebih jauh lagi, kalau suatu benda asas ini pun kita tidak dapat melaksanakannya dengan baik.

Ajk Dewan Ulama’ Pas Negeri Pahang. Ust.Nafiri bin Toazi juga pernah menyebut, berlakunya pergaduhan, perpecahan, perebutan menjadi calon dan lain-lain masalah pas adalah disebabkan agenda tarbiah ditinggalkan bermula selepas pilihanraya tahun 1999 lagi.

Oleh itu, saya seru sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama kembali kepada asas islam iaitu akidah dan marilah kita hidupkan agenda tarbiah supaya akidah islam yang sahih meresap ke dalam setiap jiwa yang bergelar pejuang.

Monday, May 14, 2007

LAWATAN AMILIN PAS PAHANG KE PEJABAT AGUNG PAS PUSAT DAN PEJABAT HARAKAH




Oleh Azwan
Pada 10 mei yang lalu, Amilin pas pahang telah membuat satu lawatan kerja ke pejabat Agung Pas Pusat dan pejabat Harakah. Lawatan ini diketuai oleh En.Roslan bin Zainal ( Setiusaha Kerja Pas Pahang ) dan bersama-samanya ialah suk-suk kawasan, dewan-dewan dan juga pegawai-pegawai jabatan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapat maklumat-maklumat terkini dari pejabat agung dan juga ingin mengetahui keadaan yang sebenar berkenaan dengan pembikinan akhbar harakah yang merupakan salah satu media bagi PAS.

Prasana dan infrustruktur pejabat Agung Pas yang baru memberi suntikan semangat kepada peserta rombongan dan bertambah yakin lagi bahawa pas adalah Parti yang bersedia untuk memerintah.

Saturday, May 12, 2007

PASTI PAHANG MENDAPAT PENGARAH BARU


OlehAzwan

Muktamar pemuda pas pahang pada 6 mei 2007 yang lalu, menggegarkan Jabatan Pasti Pahang apabila bekas pengarah pasti pahang En.Kamaruddin bin Salim yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun bersama Pasti telah berundur daripada jawatannya.
Hasil daripada mesyuarat dewan pemuda pas negeri pahang yang pertama sesi 2007-2009 telah memutuskan jawatan tersebut diambil alih En.Roazlan bin Yaakub yang merupakan setiausaha pasti negeri sebelum ini.

Menurut Setiausaha kerja Pasti Pahang, En Mohd Azwan Zainudin, mantan pengarah pasti pahang itu merupakan seorang yang cukup berkaliber dan banyak jasanya kepada pasti pahang dalam 10 tahun ini. Jabatan pasti pahang mengharapkan, walaupun beliau telah melepaskan jawatannya, namun segala idea-idea dan pengalamannya yang luas dapat dikongsi dengan ahli lembaga pasti yang akan dilantik nanti.

Pelepasan jawatannya tidak sia-sia, kerana penggantinya merupakan anak didiknya dan merupakan orang yang sangat serius dalam menjalankan tugas serta cukup tegas dalam membuat sebarang keputusan.

Dan kita mengharapkan, dengan perlantikan pengarah baru ini, dapat memajukan lagi pasti pahang ke hadapan dan nama pasti mendapat tempat pada hati masyarakat।









Friday, May 11, 2007

MAKSIAT YANG DISEGERAKAN

Oleh Azwan
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata : Berhadap Rasulullah saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda :"Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :-
1. Tiada terzahir (nampak) penzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian dari pada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat itu) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri." (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :Hadith ini menerangkan bahawa :
1. penyakit taun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlakunya penzinaan.
2. kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat
4. kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (seperti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah swt
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum-hukum Allah swt dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Thursday, May 10, 2007

TARBIAH ASAS KEKUATAN JEMAAH

Oleh Azwan
Tarbiah merupakan elemen terpenting dalam perjuangan Islam, yang menjadi nadi kepada kekuatan amilin parti khususnya. Hal ini kerana, hasil daripada tarbiah, membolehkan amilin meletakkan kepentingan jemaah melebihi daripada kepentingan peribadi.

Justuru itu juga, kesan daripada tarbiah, akan melahirkan amilin yang ikhlas dan tahan uji, sebagaimana yang telah disebut oleh Ust. Idris Ahmad dalam akhbar harakah :
“ Peranan tarbiah melahirkan amilin yang ikhlas kepada Allah swt dalam perjuangan menggerakan jemaah di Negara ini. Jemaah tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas di kalangan anggota dan pimpinan.”
Keikhlasan dalam diri merupakan syarat untuk mendapat kemenangan dalam perjuangan Islam. Tidak ada gunanya kita cerdik, pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas dengan apa yang diperjuangkan.