Sunday, May 20, 2007

KARNIVAL SUKAN PASTI PAHANG 2007











Oleh Azwan,
Pada 19 Mei ( Sabtu ) yang lalu, satu Kanival Sukan Pasti Pahang 2007 telah diadakan di padang Felda Purun Bera yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program tersebut dirasmikan oleh Ust Suhaimi bin Saad ( Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang ) di majlis penutupan pada sebelah petangnya.

Karnival sukan tersebut, disertai oleh sepuluh pasti kawasan-kawasan dan mempunyai dua permainan yang besar iaitu bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Permainan bola sepak, sebanyak sepuluh pasukan yang bertanding, manakala permainan bola jaring sebanyak lapan pasukan yang bertanding.

Selain pertandingan bola sepak dan bola jaring, karnival ini juga dimeriahkan dengan acara orang dewasa iaitu boling padang untuk kaum muslimat dan tendang bola bagi orang lelaki.

Hasil daripada pertandingan tersebut, Pasti kawasan Bera mendapat johan bagi acara bola sepak dan Pasti kawasan Kuantan menjuarai bagi acara bola jaring. Pasti-pasti yang menjuarai pertandingan ini, akan di bawa ke pertandingan sukan pasti di peringkat kebangsaan pada penghujung jun nanti.

Karnival ini juga, mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa pelajar dan kebanyakan ibu bapa hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Selain itu, karnival ini juga diraikan oleh penduduk setempat, ramai yang datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis berakhir selepas perasmian penutup dan pembahagian hadiah-hadiah kepada pemenang.

No comments: