Monday, November 19, 2007

HARI ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN PASTI PAHANG KALI KE-3 2007

HARI ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN
PASTI PAHANGKALI KE 3 2007


Tarikh : 3 DISEMBER 2007. ( Isnin )
Tempat : Balora Mastika, Bandar Jengka
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang.
Perasmi : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tentatif Program :

9.00 pagi Pendaftaran.
- AJK di Dewan Balora
- Murid di Pasti Nurul Iman
9.30 pagi - Seminar Pengurusan PASTI.
(untuk pengurus, setiausaha, bendahari dan semua guru-guru PASTI)
- Kertas kerja 1.
- Ujian kecemerlangan murid PASTI.
11.00 pagi - Majlis Perasmian.
- Ucapan pengerusi.
- Bacaan Doa.
- Ucapan aluan wakil PASTI Pahang.
- Ucapan Wakil PASTI Pusat.
- Ucapan Perasmian.
- Persembahan.
- Majlis penyampaian anugerah.
i. Anugerah PASTI Cemerlang.
ii. Anugerah PASTI Kawasan Cemerlang.
iii. Anugerah PASTI Harapan.
iv. Anugerah ALP Cemerlang.
v. Anugerah Guru cemerlang.
vi. Anugerah Pelajar Cemerlang 5 tahun.
vii. Anugerah Pelajar Cemerlang 6 tahun.
viii. Hadiah Khas.

Monday, November 12, 2007

Perhimpunan besar 10 November berjaya



Catatan benar: (Bah. 1)
Perhimpunan besar 10 November berjaya

Oleh :wan_mujahid

Kira-kira jam 9.30 pada hari Jumaat sebelah malam, saya bertolak dari Temerloh memandu ke Kuala Lumpur untuk ke Perhimpunan Aman 10 November anjuran BERSIH. Turut bersama ialah Ust Nafiri dan tiga orang sahabat lagi. Pada malam tersebut kami bermalam di Bangi.

Keesokan harinya tepat jam 10 pagi, kami bertolak ke Sungai Besi dan dari sana menaiki LRT ke Masjid Jamek. Sesampai jam 11.30, terlihat orang sudah ramai yang saya jangkakan kira-kkira 20 ribu orang berkumpul merata-rata tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki masjid kerana pagarnya masih berkunci ketika itu.

Saya melihat ini sengaja dibuat oleh pihak polis kerana untuk memudahkan mereka memerangkap peserta himpunan supaya tidak terlepas untuk berarak ke Dataran Merdeka. War-war penganjur perhimpunan ialah ‘perarakan aman dari Datran Merdeka ke Istana Negara’.

Masjid Jamek adalah lokasi berkumpulnya peserta-peserta himpunan bagi negeri-negeri Pantai Timur. Namun begitu, ramai juga peserta dari negeri lain termasuk Kedah dan Pulau Pinang yang berkumpul di situ.

Selepas sembahyang Zuhur orang semua berkumpul dalam masjid
Beberapa orang pimpinan seperti Dr Hatta Ramli telah memberi taklimat tentang perhimpunan.

Selepas taklimat dan baca doa baru kami bertolak. Beredar sahaja keluar, rupa-rupanya di luar pagar pasukan FRU bersama lima buah kereta tanker telah mengepung kawasan Masjid Jamek. Bila pasukan Unit Amal bertindak untuk keluar pagar diikuti anggota perhimpunan, tiba-tiba sebuah tanker FRU telah menyemburkan air kimia yang memedihkan mata. Ini membuatkan suasana menjadi bercempera dan hiru biru dengan sorakan takbir dan tangisan kanak-kanak.

Tidak semena-mena, halilintar kuat disertai hujan selebat-lebatnya turun. Senario ini kelihatan menggentarkan pihak polis dan tampak mereka undur sama ada ketakutan atau keletihan.

Rupa-rupanya hanya di Masjid Jamek pihak FRU yang bersedia dan bertindak dengan tanker penyembur air kimia, tidak di tempat-tempat lain.

Sebahagian kami termasuk Dr Hatta Ramli telah mengambil keputusan beredar ke jalan belakang dan berkumpul di situ. Dr Hattta bersama dengan beberapa pimpinan PKR telah merancang strategi baru untuk meneruskan perarakan ke Dataran Merdeka.

Rupa-rupanya bersama saya bukan sahaja terdiri di kalangan orang-orang PAS, malah turut disertai orang awam termasuk yang berbangsa Cina dan India, yang saya kira sudah tidak tahan dengan karenah pihak berkuasa.. Dalam masa yang sama, pihak polis terus menyembur air asid dan disusuli lemparan bom gas pemedih mata. Saya sendiri dan ramai sahabat telah menjadi mangsa lalu muntah-muntah dan mata terasa pedih. Kesan daripada semburan air kimia itu juga membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.

Saya kira mangsa yang paling teruk menjadi mangsa keganasan polis ialah kelompok yang terpecah dari kumpulan ramai.

Dalam keadaan bertabur begitu, pihak polis terus mengejar dan kami sendiri lari menyelamatkan diri. Tetapi Dr Hatta dengan menggunakan heller meniupkan semangat dan berjaya mengumpulkan kembali peserta-peserta himpunan yang sedang bercempera meski pun pihak polis terus menerus melakukan serangan ganas.

Ketika itu saya bersama kira-kira 30 orang terperangkap berhadapan dengan polis berhampiran sebuah bank. Walau bagaimana pun kami bernasib baik kerana pihak polis disibukkan dengan kekecohan di sebelah atas jalan, justeru kami sempat melarikan diri dan kembali bersama kumpulan yang diketuai oleh Dr Hatta.

Dalam masa yang sama seorang kawan yang berkumpul di Masjid India menelefon, ada peserta yang dibantai oleh polis berpakaian preman.
Di Masjid India, begitu juga di Masjid Negara

Dengan menyusun strategi baru, Dr Hatta berjaya membawa kumpulan seramai lebih 10 ribu berarak di jalan raya menuju istana. Dalam perjalanan sejauh 6 kilometer itu, pelbagai slogan telah di laungkan antaranya “Daulat Tuanku”, “hidup rakyat, hancur kezaliman”. Kebetulan, saya sendiri diberikan heller untuk menjeritkan kalimah-kalimah tersebut.

Memeranjatkan saya, pemandu-pemandu di jalan raya yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah menunjukkan isyarat menyokong perhimpunan kami.

Sesampai sahaja ke istana negara, kumpulan perarakan kami mendapat tepukan bergemuruh sambil dilaungkan “berjaya...!.... berjaya!....” daripada kumpulan yang berada di situ kerana Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar Ibrahim telah berjaya menyembahkan memorandum kepada pihak istana.

Monday, November 5, 2007

Pemimpin prihatin…





Keprihatinan dan kasih sayang terhadap bayi dan kanak-kanak bukanlah boleh dibuat-buat. Ramai orang, terutama tokoh politik parti kerajaan, yang sengaja buat-buat mencium bayi untuk disiarkan dalam akhbar, kononnya untuk menayangkan betapa pengasihnya dia.

Namun ini tidak kepada pimpinan masyarakat Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bersifat pengasih dan secara ikhlas amat gemar mencium bayi bila bertemu.

Ketika sambutan raya di pejabat Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini, Ustaz Tuan telah bertemu dengan Muhammad Salahuddin Al-Ayubi , 2 bulan, anak kepada seorang kakitangan Mohd Azwan yang juga web master.

Dalam insiden yang tidak disedari itu, aksi Ustaz Tuan dirakamkan...








Wednesday, September 12, 2007

EMEIL PEMBACA

Oleh Muhammad Ibn 'Az

Khamis lalu, pada tanggal 9 Ogos 2007, ketika sedang meneguk teh tarik yang dinikmati bersama sekeping tosai di restoran Hidayah Seberang Jaya, darah yang di penghujung usia 20-an ini kembali menyirap.
“MP desak haramkan Al-Qur’an!”, begitulah tajuk muka 33 akhbar Harian Metro yang ditatap pagi itu. Apakah kebodohan yang mencetus semua ini? Goblokkah mereka ini yang membahlolkan akal sendiri dengan kenyataan gampang-gampangan mereka yang berbau bangsat! Belum cukup dengan tajuk tersebut, membaca saja pembukaannya membuatkan darah yang sejak dari tadi berlegar di perut memacu deras menerjah ke segenap urat saraf seluruh tubuh. Jari jemari terasa panas berisi darah yang meluap. Meluap-luap keadaannya, lantas teh tadi berasa sangat pahit untuk di telan. Menghabiskan teh tersebut bermakna melengahkan tindak. Tapi akidah menahan tingkah supaya tidak terus membabi buta menerjah.
Kemarahan ini tidak akan reda selagi hati tidak meredhakan. Benarlah kata Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tirmizi:
Daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api."
Maka bara api inilah yang sedang digenggam oleh umatmu kini Ya Rasulullah! Tapi teringat kembali kepada pesan orang tua. Genggam bara api biarlah sampai ia menjadi arang. Biar bara itu digenggam sehingga bara itu padam! Biar padam ia menjadi hitam! Memalitkan kotoran itu kembali kepada yang berhati kusam.
Apalah gunanya akal kurniaan Allah jika tak berani melawan. Melawan bukan seperti haiwan tapi melawan menggunakan akal dan fikiran. Tidak sabar rasanya menunggu waktu habis kerja. Hati yang masih tidak redha ini meluap-luap menunggu masa. Sampai saja di rumah, terus almari berisi buku dibuka. Mencari semua kitab-kitab lama dan mencari juga buku-buku nota. Biarpun sedikit berhabuk tapi kandungannya masih seperti kilatan mutiara. Lantas bahagian berkunci dalam almari tersebut dibuka dan susunan kitab-kitab agama dan cakera diambil serta merta.
Benarkah Al-Qur’an itu menggalakkan pembunuhan, perkosaan dan menindas kaum Nasrani, Yahudi dan wanita?
Aku cabar bangsat-bangsat bertuhankan sesat di luar sana, bawakan semua bukti untuk dikemuka! Jangan hanya bercakap bagai kakaktua, patah diucap tapi kosong kepala.
baca sambungan artikel ini di
www.satuhala. blogspot. com

PROGRAM MESRA RAKYAT








Program Mesra rakyat berjaya walau dihalang
Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

KERDAU: Majlis Tindakan DUN (MTD) Kerdau berjaya memecah tradisi menganjurkan program Mesra Rakyat bersama masyarakat Kampung Pulau Pasir Mandi dekat sini Ahad lalu.

Meski pun pada peringkat awalnya mendapat halangan daripada pihak parti tertentu, namun dengan kematangan penduduk kampung program dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga berjalan dengan suasana mesra tanpa mempedulikan soal anutan politik masing-masing.

Program bermula dengan Sembahyang Asar berjamaah dan tazkirah Ramadan di masjid. Selepas itu penduduk disediakan dengan jamuan petang sebelum MTD Kerdau menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) di kampung berkenaan.

Acara kemuncak ialah perlawanan bola sepak antara pasukan MTD Kerdau dengan belia kampung berkenaan. Meski pun perlawanan berlangsung dalam hujan lebat, namun penonton tidak berganjak menyaksikan perlawanan menarik itu.

Dalam pada itu Pengarah MTD Kerdau, Ahmad Mohd Yaman berkata meski pun program yang diatur ini mendapat halangan pada peringkat awalnya tapi berjaya juga diadakan dengan kebijaksanaan penduduk kampung.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk yang matang sehingga dapat melaksanakan program mengikut sebagaimana yang diatur. Kita sebagai parti berdaftar tidak sepatutnya dihalang bertemu masyarakat kerana kita mempunyai hak yang sama dalam negara demokrasi”, katanya.

Sementara itu ketua delegasi pemuda MTD Kerdau, Hasanuddin Salim berkata di era 50 tahun merdeka dengan pihak kerajaan menguar-uarkan Malaysia sebagai sebuah negara aman, tidak sepatutnya ada pihak yang mengugut dan memarahi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima pihak lain menjayakan program Mesra Merdeka.

“Program sambutan merdeka bukan monopoli atau hak eksklusif puak tertentu saja. Semua orang ada peranan dan sumbangan. Lagi pun sifat yang terbuka tanpa fahaman sempit akan melahirkan masyarakat bertanggung jawab, patriotik dan mampu mengelakkan anasir-anasir negatif dalam masyarakat”, ujarnya.

KETERANGAN:

Ahmad Mohd Yaman
– 6. Ustaz Shahril Azman (kanan) mewakili MTD Kerdau menyampaikan sumbangan
Hasanuddin Salim (kanan) bertukar cenderamata dengan kapten pasukan bolasepak Kg. Pulau Pasir Mandi
Kedua-dua pasukan bergambar ramai.
Jamuan disediakan
Antara penduduk kampung yang hadir

Saturday, September 8, 2007

AKHBAR ONLINE PAS PAHANG SUDAH MULA OPERASI



Sila layari web PAS Pahang......

http://sidangonline.pas.org.my

apa-apa artikel atau bahan boleh emeilkan ke sidangonline@yahoo.com

Tuesday, September 4, 2007

PIDATO PEMUDA PAHANG



Oleh Basirun

Wakil Bera Johan Pidato Merdeka 2007.
Bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak (Kiri) menyampai cenderahati kepada Johan Pidato' pemuda PAS Pahang, Kamaruzaman Mat Isa, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera.

Bera muncul juara dalam pertandingan pidato’ Kemerdekaan Pemuda PAS peringkat negeri Pahang 2007.

Wakil Bera Kamaruzaman Mat Isa 33, akan mewakili Pahang ke Pertadingan Pidato Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 7 & 8 September ini di Kota Bahru.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zaki Ibrahim yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Inderamahkota manakala Mohd Shukri Suib wakil Temerloh tempat ketiga.

Pertandingan pidato’ tersebut dianjur Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri sempena menyambut kemerdekaan negara ke -50 bertujuan mencungkil bakat baru bagi mewakili pemuda Pahang kepertandingan peringkat pusat.

Pertandingan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang di jalan Sudirman 6, dekat sini.Pemenang menerima hadiah wang tunai dan cenderahati disampaikan bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak yang mewakili Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasruddin Hasan Tantaw.

Monday, September 3, 2007

PANGLIMA PERANG

Allahuakhbar...........














Pada 18 ogos 2007 yang lalu, aku telah menjadi seorang ayah, dan aku melihat sendiri bagaimana seorang manusia keluar daripada rahim ibu. Sungguh menggerunkan dan terasa sayu hati ini bila nyawa dipertarungkan untuk melahirkan seorang manusia yang mungkin memberi manafaat pada islam atau pun tidak.
Pada hari kelahiran anak ku itu, aku juga turut berada di hospital dan ingin menunggu supaya aku dipanggil berada bersama apabila istiriku bersalin nanti. Hal ini kerana, pada sebelah malam pelawat lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam wad. Di sambil menunggu, aku berzikir, berdoa agar semuanya selamat. Lintasan hati ku berkata, janganlah KAU matikan anakku itu sebelum dia berjuang untuk islam.
Jam tepat 3.00 pagi, aku dipanggil ke wad bersalin kerana istiriku sudah sakit sangat dan sarat nak bersalin. Lalu ku masuk bilik tersebut, dan memegang tangan istiriku, lalu ku selawat sambil memberi semangat supaya dia dapat bersalin dengan mudah. Dalam keadaan istiriku menyebut-nyebut AllahuAkhbar, AllahuAkhbar, tiba-tiba keluar kepala seorang insan yang bergelar lalaki, lalu ku azan dan iqamah tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hatiku gembira tidak terkata, sambil air mata mengalir dari raut wajah, syukur pada Ilahi, dia yang menciptakan segala. Moga-moga anakku itu menjadi pejuang yang hebat nanti.

KU berdoa :
Jadikanlah anakku itu anak yang bertakwa, yang alim, yang wara', yang hebat berjuang untuk islam, yang gagah, yang berani menentang musuh.
Lalu ku namakan dia..... Muhammad Salahuddin Al-Ayubi.