Wednesday, September 12, 2007

PROGRAM MESRA RAKYAT








Program Mesra rakyat berjaya walau dihalang
Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

KERDAU: Majlis Tindakan DUN (MTD) Kerdau berjaya memecah tradisi menganjurkan program Mesra Rakyat bersama masyarakat Kampung Pulau Pasir Mandi dekat sini Ahad lalu.

Meski pun pada peringkat awalnya mendapat halangan daripada pihak parti tertentu, namun dengan kematangan penduduk kampung program dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga berjalan dengan suasana mesra tanpa mempedulikan soal anutan politik masing-masing.

Program bermula dengan Sembahyang Asar berjamaah dan tazkirah Ramadan di masjid. Selepas itu penduduk disediakan dengan jamuan petang sebelum MTD Kerdau menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) di kampung berkenaan.

Acara kemuncak ialah perlawanan bola sepak antara pasukan MTD Kerdau dengan belia kampung berkenaan. Meski pun perlawanan berlangsung dalam hujan lebat, namun penonton tidak berganjak menyaksikan perlawanan menarik itu.

Dalam pada itu Pengarah MTD Kerdau, Ahmad Mohd Yaman berkata meski pun program yang diatur ini mendapat halangan pada peringkat awalnya tapi berjaya juga diadakan dengan kebijaksanaan penduduk kampung.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk yang matang sehingga dapat melaksanakan program mengikut sebagaimana yang diatur. Kita sebagai parti berdaftar tidak sepatutnya dihalang bertemu masyarakat kerana kita mempunyai hak yang sama dalam negara demokrasi”, katanya.

Sementara itu ketua delegasi pemuda MTD Kerdau, Hasanuddin Salim berkata di era 50 tahun merdeka dengan pihak kerajaan menguar-uarkan Malaysia sebagai sebuah negara aman, tidak sepatutnya ada pihak yang mengugut dan memarahi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima pihak lain menjayakan program Mesra Merdeka.

“Program sambutan merdeka bukan monopoli atau hak eksklusif puak tertentu saja. Semua orang ada peranan dan sumbangan. Lagi pun sifat yang terbuka tanpa fahaman sempit akan melahirkan masyarakat bertanggung jawab, patriotik dan mampu mengelakkan anasir-anasir negatif dalam masyarakat”, ujarnya.

KETERANGAN:

Ahmad Mohd Yaman
– 6. Ustaz Shahril Azman (kanan) mewakili MTD Kerdau menyampaikan sumbangan
Hasanuddin Salim (kanan) bertukar cenderamata dengan kapten pasukan bolasepak Kg. Pulau Pasir Mandi
Kedua-dua pasukan bergambar ramai.
Jamuan disediakan
Antara penduduk kampung yang hadir

No comments: