Thursday, May 10, 2007

TARBIAH ASAS KEKUATAN JEMAAH

Oleh Azwan
Tarbiah merupakan elemen terpenting dalam perjuangan Islam, yang menjadi nadi kepada kekuatan amilin parti khususnya. Hal ini kerana, hasil daripada tarbiah, membolehkan amilin meletakkan kepentingan jemaah melebihi daripada kepentingan peribadi.

Justuru itu juga, kesan daripada tarbiah, akan melahirkan amilin yang ikhlas dan tahan uji, sebagaimana yang telah disebut oleh Ust. Idris Ahmad dalam akhbar harakah :
“ Peranan tarbiah melahirkan amilin yang ikhlas kepada Allah swt dalam perjuangan menggerakan jemaah di Negara ini. Jemaah tidak boleh bergerak seandainya tidak ada semangat ikhlas di kalangan anggota dan pimpinan.”
Keikhlasan dalam diri merupakan syarat untuk mendapat kemenangan dalam perjuangan Islam. Tidak ada gunanya kita cerdik, pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas dengan apa yang diperjuangkan.