SIAPA PEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PAHANG ?
Oleh Azwan,
Rata-rata kita melihat semua orang berkejar-kejar menghadapi pilihanraya, sampai ada yang berebut-rebut menjadi calon dan mencari kedudukan sendiri.
Dalam asyik seronok dalam tipu daya musuh, salah satu aset Pendidikan Pas Pahang begitu terabai pada pandangan semua. Sekolah Agama Ar-Rasyidin yang bilangan pelajar begitu sedikit dalam likungan 30 orang ke bawah, mampukah akan melahirkan ulama’ pelapis yang akan menyambung perjuangan ini.
Adakah kita semua melihat dengan semua orang bekerja keras untuk pilihanraya sahaja baru lah islam akan menang dan diterima. Sebagai contoh, apakan pendidikan PASTI tidak diterima oleh masyarakat, atau pun kerja keras UNIT AMAL membantu masyarakat tidak diterima orang lain.
Negeri Kelantan, satu-satunya negeri yang PAS menang, apa yang ada pada Kelantan ? Budaya ilmu, masjid-masjid yang hidup di setiap kampung, sekolah agama yang diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, dengan sekolah pondoknya, tahfiznya, sekolah agama rakyatnya dan pelbagai pendidikan islam dibina.
Baru-baru ni saya balik Kelantan, berada di rumah di kampung, ada seorang pakcik mohon sumbangan untuk membina sekolah agama. Persoalan di minda saya ialah, dalam keadaan sekolah agama yang begitu banyak pun, masih lagi mereka bersungguh untuk membina sekolah agama. Mereka betul-betul cukup yakin, Ulama sebagai pewaris Nabi.
Apakah kesungguhan kita ? Orang Kelantan, dalam keadaan sekolah agama yang banyakpun mereka masih berusaha untuk menambahnya, sedangkan kita sebuah sekolah agama yang kita miliki pun kita tidak dapat membela dan majukannya.
Apakah Waki’e Pahang ? Waki’e Pahang ialah menjadikan Pas Pahang sebagaimana kelantan. Masjid-masjid Pahang, Sekolah Agama Pahang mesti menjadi budaya macam kelantan. Semangat budaya ilmu mesti sama semangat orang Kelantan.