Wednesday, September 12, 2007

EMEIL PEMBACA

Oleh Muhammad Ibn 'Az

Khamis lalu, pada tanggal 9 Ogos 2007, ketika sedang meneguk teh tarik yang dinikmati bersama sekeping tosai di restoran Hidayah Seberang Jaya, darah yang di penghujung usia 20-an ini kembali menyirap.
“MP desak haramkan Al-Qur’an!”, begitulah tajuk muka 33 akhbar Harian Metro yang ditatap pagi itu. Apakah kebodohan yang mencetus semua ini? Goblokkah mereka ini yang membahlolkan akal sendiri dengan kenyataan gampang-gampangan mereka yang berbau bangsat! Belum cukup dengan tajuk tersebut, membaca saja pembukaannya membuatkan darah yang sejak dari tadi berlegar di perut memacu deras menerjah ke segenap urat saraf seluruh tubuh. Jari jemari terasa panas berisi darah yang meluap. Meluap-luap keadaannya, lantas teh tadi berasa sangat pahit untuk di telan. Menghabiskan teh tersebut bermakna melengahkan tindak. Tapi akidah menahan tingkah supaya tidak terus membabi buta menerjah.
Kemarahan ini tidak akan reda selagi hati tidak meredhakan. Benarlah kata Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tirmizi:
Daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api."
Maka bara api inilah yang sedang digenggam oleh umatmu kini Ya Rasulullah! Tapi teringat kembali kepada pesan orang tua. Genggam bara api biarlah sampai ia menjadi arang. Biar bara itu digenggam sehingga bara itu padam! Biar padam ia menjadi hitam! Memalitkan kotoran itu kembali kepada yang berhati kusam.
Apalah gunanya akal kurniaan Allah jika tak berani melawan. Melawan bukan seperti haiwan tapi melawan menggunakan akal dan fikiran. Tidak sabar rasanya menunggu waktu habis kerja. Hati yang masih tidak redha ini meluap-luap menunggu masa. Sampai saja di rumah, terus almari berisi buku dibuka. Mencari semua kitab-kitab lama dan mencari juga buku-buku nota. Biarpun sedikit berhabuk tapi kandungannya masih seperti kilatan mutiara. Lantas bahagian berkunci dalam almari tersebut dibuka dan susunan kitab-kitab agama dan cakera diambil serta merta.
Benarkah Al-Qur’an itu menggalakkan pembunuhan, perkosaan dan menindas kaum Nasrani, Yahudi dan wanita?
Aku cabar bangsat-bangsat bertuhankan sesat di luar sana, bawakan semua bukti untuk dikemuka! Jangan hanya bercakap bagai kakaktua, patah diucap tapi kosong kepala.
baca sambungan artikel ini di
www.satuhala. blogspot. com

PROGRAM MESRA RAKYAT








Program Mesra rakyat berjaya walau dihalang
Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

KERDAU: Majlis Tindakan DUN (MTD) Kerdau berjaya memecah tradisi menganjurkan program Mesra Rakyat bersama masyarakat Kampung Pulau Pasir Mandi dekat sini Ahad lalu.

Meski pun pada peringkat awalnya mendapat halangan daripada pihak parti tertentu, namun dengan kematangan penduduk kampung program dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga berjalan dengan suasana mesra tanpa mempedulikan soal anutan politik masing-masing.

Program bermula dengan Sembahyang Asar berjamaah dan tazkirah Ramadan di masjid. Selepas itu penduduk disediakan dengan jamuan petang sebelum MTD Kerdau menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) di kampung berkenaan.

Acara kemuncak ialah perlawanan bola sepak antara pasukan MTD Kerdau dengan belia kampung berkenaan. Meski pun perlawanan berlangsung dalam hujan lebat, namun penonton tidak berganjak menyaksikan perlawanan menarik itu.

Dalam pada itu Pengarah MTD Kerdau, Ahmad Mohd Yaman berkata meski pun program yang diatur ini mendapat halangan pada peringkat awalnya tapi berjaya juga diadakan dengan kebijaksanaan penduduk kampung.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk yang matang sehingga dapat melaksanakan program mengikut sebagaimana yang diatur. Kita sebagai parti berdaftar tidak sepatutnya dihalang bertemu masyarakat kerana kita mempunyai hak yang sama dalam negara demokrasi”, katanya.

Sementara itu ketua delegasi pemuda MTD Kerdau, Hasanuddin Salim berkata di era 50 tahun merdeka dengan pihak kerajaan menguar-uarkan Malaysia sebagai sebuah negara aman, tidak sepatutnya ada pihak yang mengugut dan memarahi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima pihak lain menjayakan program Mesra Merdeka.

“Program sambutan merdeka bukan monopoli atau hak eksklusif puak tertentu saja. Semua orang ada peranan dan sumbangan. Lagi pun sifat yang terbuka tanpa fahaman sempit akan melahirkan masyarakat bertanggung jawab, patriotik dan mampu mengelakkan anasir-anasir negatif dalam masyarakat”, ujarnya.

KETERANGAN:

Ahmad Mohd Yaman
– 6. Ustaz Shahril Azman (kanan) mewakili MTD Kerdau menyampaikan sumbangan
Hasanuddin Salim (kanan) bertukar cenderamata dengan kapten pasukan bolasepak Kg. Pulau Pasir Mandi
Kedua-dua pasukan bergambar ramai.
Jamuan disediakan
Antara penduduk kampung yang hadir

Saturday, September 8, 2007

AKHBAR ONLINE PAS PAHANG SUDAH MULA OPERASI



Sila layari web PAS Pahang......

http://sidangonline.pas.org.my

apa-apa artikel atau bahan boleh emeilkan ke sidangonline@yahoo.com

Tuesday, September 4, 2007

PIDATO PEMUDA PAHANG



Oleh Basirun

Wakil Bera Johan Pidato Merdeka 2007.
Bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak (Kiri) menyampai cenderahati kepada Johan Pidato' pemuda PAS Pahang, Kamaruzaman Mat Isa, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera.

Bera muncul juara dalam pertandingan pidato’ Kemerdekaan Pemuda PAS peringkat negeri Pahang 2007.

Wakil Bera Kamaruzaman Mat Isa 33, akan mewakili Pahang ke Pertadingan Pidato Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 7 & 8 September ini di Kota Bahru.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zaki Ibrahim yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Inderamahkota manakala Mohd Shukri Suib wakil Temerloh tempat ketiga.

Pertandingan pidato’ tersebut dianjur Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri sempena menyambut kemerdekaan negara ke -50 bertujuan mencungkil bakat baru bagi mewakili pemuda Pahang kepertandingan peringkat pusat.

Pertandingan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang di jalan Sudirman 6, dekat sini.Pemenang menerima hadiah wang tunai dan cenderahati disampaikan bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak yang mewakili Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasruddin Hasan Tantaw.

Monday, September 3, 2007

PANGLIMA PERANG

Allahuakhbar...........














Pada 18 ogos 2007 yang lalu, aku telah menjadi seorang ayah, dan aku melihat sendiri bagaimana seorang manusia keluar daripada rahim ibu. Sungguh menggerunkan dan terasa sayu hati ini bila nyawa dipertarungkan untuk melahirkan seorang manusia yang mungkin memberi manafaat pada islam atau pun tidak.
Pada hari kelahiran anak ku itu, aku juga turut berada di hospital dan ingin menunggu supaya aku dipanggil berada bersama apabila istiriku bersalin nanti. Hal ini kerana, pada sebelah malam pelawat lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam wad. Di sambil menunggu, aku berzikir, berdoa agar semuanya selamat. Lintasan hati ku berkata, janganlah KAU matikan anakku itu sebelum dia berjuang untuk islam.
Jam tepat 3.00 pagi, aku dipanggil ke wad bersalin kerana istiriku sudah sakit sangat dan sarat nak bersalin. Lalu ku masuk bilik tersebut, dan memegang tangan istiriku, lalu ku selawat sambil memberi semangat supaya dia dapat bersalin dengan mudah. Dalam keadaan istiriku menyebut-nyebut AllahuAkhbar, AllahuAkhbar, tiba-tiba keluar kepala seorang insan yang bergelar lalaki, lalu ku azan dan iqamah tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hatiku gembira tidak terkata, sambil air mata mengalir dari raut wajah, syukur pada Ilahi, dia yang menciptakan segala. Moga-moga anakku itu menjadi pejuang yang hebat nanti.

KU berdoa :
Jadikanlah anakku itu anak yang bertakwa, yang alim, yang wara', yang hebat berjuang untuk islam, yang gagah, yang berani menentang musuh.
Lalu ku namakan dia..... Muhammad Salahuddin Al-Ayubi.