Monday, November 19, 2007

HARI ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN PASTI PAHANG KALI KE-3 2007

HARI ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN
PASTI PAHANGKALI KE 3 2007


Tarikh : 3 DISEMBER 2007. ( Isnin )
Tempat : Balora Mastika, Bandar Jengka
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang.
Perasmi : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tentatif Program :

9.00 pagi Pendaftaran.
- AJK di Dewan Balora
- Murid di Pasti Nurul Iman
9.30 pagi - Seminar Pengurusan PASTI.
(untuk pengurus, setiausaha, bendahari dan semua guru-guru PASTI)
- Kertas kerja 1.
- Ujian kecemerlangan murid PASTI.
11.00 pagi - Majlis Perasmian.
- Ucapan pengerusi.
- Bacaan Doa.
- Ucapan aluan wakil PASTI Pahang.
- Ucapan Wakil PASTI Pusat.
- Ucapan Perasmian.
- Persembahan.
- Majlis penyampaian anugerah.
i. Anugerah PASTI Cemerlang.
ii. Anugerah PASTI Kawasan Cemerlang.
iii. Anugerah PASTI Harapan.
iv. Anugerah ALP Cemerlang.
v. Anugerah Guru cemerlang.
vi. Anugerah Pelajar Cemerlang 5 tahun.
vii. Anugerah Pelajar Cemerlang 6 tahun.
viii. Hadiah Khas.

Monday, November 12, 2007

Perhimpunan besar 10 November berjaya



Catatan benar: (Bah. 1)
Perhimpunan besar 10 November berjaya

Oleh :wan_mujahid

Kira-kira jam 9.30 pada hari Jumaat sebelah malam, saya bertolak dari Temerloh memandu ke Kuala Lumpur untuk ke Perhimpunan Aman 10 November anjuran BERSIH. Turut bersama ialah Ust Nafiri dan tiga orang sahabat lagi. Pada malam tersebut kami bermalam di Bangi.

Keesokan harinya tepat jam 10 pagi, kami bertolak ke Sungai Besi dan dari sana menaiki LRT ke Masjid Jamek. Sesampai jam 11.30, terlihat orang sudah ramai yang saya jangkakan kira-kkira 20 ribu orang berkumpul merata-rata tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki masjid kerana pagarnya masih berkunci ketika itu.

Saya melihat ini sengaja dibuat oleh pihak polis kerana untuk memudahkan mereka memerangkap peserta himpunan supaya tidak terlepas untuk berarak ke Dataran Merdeka. War-war penganjur perhimpunan ialah ‘perarakan aman dari Datran Merdeka ke Istana Negara’.

Masjid Jamek adalah lokasi berkumpulnya peserta-peserta himpunan bagi negeri-negeri Pantai Timur. Namun begitu, ramai juga peserta dari negeri lain termasuk Kedah dan Pulau Pinang yang berkumpul di situ.

Selepas sembahyang Zuhur orang semua berkumpul dalam masjid
Beberapa orang pimpinan seperti Dr Hatta Ramli telah memberi taklimat tentang perhimpunan.

Selepas taklimat dan baca doa baru kami bertolak. Beredar sahaja keluar, rupa-rupanya di luar pagar pasukan FRU bersama lima buah kereta tanker telah mengepung kawasan Masjid Jamek. Bila pasukan Unit Amal bertindak untuk keluar pagar diikuti anggota perhimpunan, tiba-tiba sebuah tanker FRU telah menyemburkan air kimia yang memedihkan mata. Ini membuatkan suasana menjadi bercempera dan hiru biru dengan sorakan takbir dan tangisan kanak-kanak.

Tidak semena-mena, halilintar kuat disertai hujan selebat-lebatnya turun. Senario ini kelihatan menggentarkan pihak polis dan tampak mereka undur sama ada ketakutan atau keletihan.

Rupa-rupanya hanya di Masjid Jamek pihak FRU yang bersedia dan bertindak dengan tanker penyembur air kimia, tidak di tempat-tempat lain.

Sebahagian kami termasuk Dr Hatta Ramli telah mengambil keputusan beredar ke jalan belakang dan berkumpul di situ. Dr Hattta bersama dengan beberapa pimpinan PKR telah merancang strategi baru untuk meneruskan perarakan ke Dataran Merdeka.

Rupa-rupanya bersama saya bukan sahaja terdiri di kalangan orang-orang PAS, malah turut disertai orang awam termasuk yang berbangsa Cina dan India, yang saya kira sudah tidak tahan dengan karenah pihak berkuasa.. Dalam masa yang sama, pihak polis terus menyembur air asid dan disusuli lemparan bom gas pemedih mata. Saya sendiri dan ramai sahabat telah menjadi mangsa lalu muntah-muntah dan mata terasa pedih. Kesan daripada semburan air kimia itu juga membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.

Saya kira mangsa yang paling teruk menjadi mangsa keganasan polis ialah kelompok yang terpecah dari kumpulan ramai.

Dalam keadaan bertabur begitu, pihak polis terus mengejar dan kami sendiri lari menyelamatkan diri. Tetapi Dr Hatta dengan menggunakan heller meniupkan semangat dan berjaya mengumpulkan kembali peserta-peserta himpunan yang sedang bercempera meski pun pihak polis terus menerus melakukan serangan ganas.

Ketika itu saya bersama kira-kira 30 orang terperangkap berhadapan dengan polis berhampiran sebuah bank. Walau bagaimana pun kami bernasib baik kerana pihak polis disibukkan dengan kekecohan di sebelah atas jalan, justeru kami sempat melarikan diri dan kembali bersama kumpulan yang diketuai oleh Dr Hatta.

Dalam masa yang sama seorang kawan yang berkumpul di Masjid India menelefon, ada peserta yang dibantai oleh polis berpakaian preman.
Di Masjid India, begitu juga di Masjid Negara

Dengan menyusun strategi baru, Dr Hatta berjaya membawa kumpulan seramai lebih 10 ribu berarak di jalan raya menuju istana. Dalam perjalanan sejauh 6 kilometer itu, pelbagai slogan telah di laungkan antaranya “Daulat Tuanku”, “hidup rakyat, hancur kezaliman”. Kebetulan, saya sendiri diberikan heller untuk menjeritkan kalimah-kalimah tersebut.

Memeranjatkan saya, pemandu-pemandu di jalan raya yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah menunjukkan isyarat menyokong perhimpunan kami.

Sesampai sahaja ke istana negara, kumpulan perarakan kami mendapat tepukan bergemuruh sambil dilaungkan “berjaya...!.... berjaya!....” daripada kumpulan yang berada di situ kerana Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar Ibrahim telah berjaya menyembahkan memorandum kepada pihak istana.

Monday, November 5, 2007

Pemimpin prihatin…





Keprihatinan dan kasih sayang terhadap bayi dan kanak-kanak bukanlah boleh dibuat-buat. Ramai orang, terutama tokoh politik parti kerajaan, yang sengaja buat-buat mencium bayi untuk disiarkan dalam akhbar, kononnya untuk menayangkan betapa pengasihnya dia.

Namun ini tidak kepada pimpinan masyarakat Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, yang bersifat pengasih dan secara ikhlas amat gemar mencium bayi bila bertemu.

Ketika sambutan raya di pejabat Perhubungan PAS Pahang baru-baru ini, Ustaz Tuan telah bertemu dengan Muhammad Salahuddin Al-Ayubi , 2 bulan, anak kepada seorang kakitangan Mohd Azwan yang juga web master.

Dalam insiden yang tidak disedari itu, aksi Ustaz Tuan dirakamkan...








Wednesday, September 12, 2007

EMEIL PEMBACA

Oleh Muhammad Ibn 'Az

Khamis lalu, pada tanggal 9 Ogos 2007, ketika sedang meneguk teh tarik yang dinikmati bersama sekeping tosai di restoran Hidayah Seberang Jaya, darah yang di penghujung usia 20-an ini kembali menyirap.
“MP desak haramkan Al-Qur’an!”, begitulah tajuk muka 33 akhbar Harian Metro yang ditatap pagi itu. Apakah kebodohan yang mencetus semua ini? Goblokkah mereka ini yang membahlolkan akal sendiri dengan kenyataan gampang-gampangan mereka yang berbau bangsat! Belum cukup dengan tajuk tersebut, membaca saja pembukaannya membuatkan darah yang sejak dari tadi berlegar di perut memacu deras menerjah ke segenap urat saraf seluruh tubuh. Jari jemari terasa panas berisi darah yang meluap. Meluap-luap keadaannya, lantas teh tadi berasa sangat pahit untuk di telan. Menghabiskan teh tersebut bermakna melengahkan tindak. Tapi akidah menahan tingkah supaya tidak terus membabi buta menerjah.
Kemarahan ini tidak akan reda selagi hati tidak meredhakan. Benarlah kata Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Tirmizi:
Daripada Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; “ Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api."
Maka bara api inilah yang sedang digenggam oleh umatmu kini Ya Rasulullah! Tapi teringat kembali kepada pesan orang tua. Genggam bara api biarlah sampai ia menjadi arang. Biar bara itu digenggam sehingga bara itu padam! Biar padam ia menjadi hitam! Memalitkan kotoran itu kembali kepada yang berhati kusam.
Apalah gunanya akal kurniaan Allah jika tak berani melawan. Melawan bukan seperti haiwan tapi melawan menggunakan akal dan fikiran. Tidak sabar rasanya menunggu waktu habis kerja. Hati yang masih tidak redha ini meluap-luap menunggu masa. Sampai saja di rumah, terus almari berisi buku dibuka. Mencari semua kitab-kitab lama dan mencari juga buku-buku nota. Biarpun sedikit berhabuk tapi kandungannya masih seperti kilatan mutiara. Lantas bahagian berkunci dalam almari tersebut dibuka dan susunan kitab-kitab agama dan cakera diambil serta merta.
Benarkah Al-Qur’an itu menggalakkan pembunuhan, perkosaan dan menindas kaum Nasrani, Yahudi dan wanita?
Aku cabar bangsat-bangsat bertuhankan sesat di luar sana, bawakan semua bukti untuk dikemuka! Jangan hanya bercakap bagai kakaktua, patah diucap tapi kosong kepala.
baca sambungan artikel ini di
www.satuhala. blogspot. com

PROGRAM MESRA RAKYAT








Program Mesra rakyat berjaya walau dihalang
Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

KERDAU: Majlis Tindakan DUN (MTD) Kerdau berjaya memecah tradisi menganjurkan program Mesra Rakyat bersama masyarakat Kampung Pulau Pasir Mandi dekat sini Ahad lalu.

Meski pun pada peringkat awalnya mendapat halangan daripada pihak parti tertentu, namun dengan kematangan penduduk kampung program dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga berjalan dengan suasana mesra tanpa mempedulikan soal anutan politik masing-masing.

Program bermula dengan Sembahyang Asar berjamaah dan tazkirah Ramadan di masjid. Selepas itu penduduk disediakan dengan jamuan petang sebelum MTD Kerdau menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) di kampung berkenaan.

Acara kemuncak ialah perlawanan bola sepak antara pasukan MTD Kerdau dengan belia kampung berkenaan. Meski pun perlawanan berlangsung dalam hujan lebat, namun penonton tidak berganjak menyaksikan perlawanan menarik itu.

Dalam pada itu Pengarah MTD Kerdau, Ahmad Mohd Yaman berkata meski pun program yang diatur ini mendapat halangan pada peringkat awalnya tapi berjaya juga diadakan dengan kebijaksanaan penduduk kampung.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk yang matang sehingga dapat melaksanakan program mengikut sebagaimana yang diatur. Kita sebagai parti berdaftar tidak sepatutnya dihalang bertemu masyarakat kerana kita mempunyai hak yang sama dalam negara demokrasi”, katanya.

Sementara itu ketua delegasi pemuda MTD Kerdau, Hasanuddin Salim berkata di era 50 tahun merdeka dengan pihak kerajaan menguar-uarkan Malaysia sebagai sebuah negara aman, tidak sepatutnya ada pihak yang mengugut dan memarahi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menerima pihak lain menjayakan program Mesra Merdeka.

“Program sambutan merdeka bukan monopoli atau hak eksklusif puak tertentu saja. Semua orang ada peranan dan sumbangan. Lagi pun sifat yang terbuka tanpa fahaman sempit akan melahirkan masyarakat bertanggung jawab, patriotik dan mampu mengelakkan anasir-anasir negatif dalam masyarakat”, ujarnya.

KETERANGAN:

Ahmad Mohd Yaman
– 6. Ustaz Shahril Azman (kanan) mewakili MTD Kerdau menyampaikan sumbangan
Hasanuddin Salim (kanan) bertukar cenderamata dengan kapten pasukan bolasepak Kg. Pulau Pasir Mandi
Kedua-dua pasukan bergambar ramai.
Jamuan disediakan
Antara penduduk kampung yang hadir

Saturday, September 8, 2007

AKHBAR ONLINE PAS PAHANG SUDAH MULA OPERASI



Sila layari web PAS Pahang......

http://sidangonline.pas.org.my

apa-apa artikel atau bahan boleh emeilkan ke sidangonline@yahoo.com

Tuesday, September 4, 2007

PIDATO PEMUDA PAHANG



Oleh Basirun

Wakil Bera Johan Pidato Merdeka 2007.
Bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak (Kiri) menyampai cenderahati kepada Johan Pidato' pemuda PAS Pahang, Kamaruzaman Mat Isa, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera.

Bera muncul juara dalam pertandingan pidato’ Kemerdekaan Pemuda PAS peringkat negeri Pahang 2007.

Wakil Bera Kamaruzaman Mat Isa 33, akan mewakili Pahang ke Pertadingan Pidato Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 7 & 8 September ini di Kota Bahru.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zaki Ibrahim yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Inderamahkota manakala Mohd Shukri Suib wakil Temerloh tempat ketiga.

Pertandingan pidato’ tersebut dianjur Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri sempena menyambut kemerdekaan negara ke -50 bertujuan mencungkil bakat baru bagi mewakili pemuda Pahang kepertandingan peringkat pusat.

Pertandingan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang di jalan Sudirman 6, dekat sini.Pemenang menerima hadiah wang tunai dan cenderahati disampaikan bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak yang mewakili Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasruddin Hasan Tantaw.

Monday, September 3, 2007

PANGLIMA PERANG

Allahuakhbar...........














Pada 18 ogos 2007 yang lalu, aku telah menjadi seorang ayah, dan aku melihat sendiri bagaimana seorang manusia keluar daripada rahim ibu. Sungguh menggerunkan dan terasa sayu hati ini bila nyawa dipertarungkan untuk melahirkan seorang manusia yang mungkin memberi manafaat pada islam atau pun tidak.
Pada hari kelahiran anak ku itu, aku juga turut berada di hospital dan ingin menunggu supaya aku dipanggil berada bersama apabila istiriku bersalin nanti. Hal ini kerana, pada sebelah malam pelawat lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam wad. Di sambil menunggu, aku berzikir, berdoa agar semuanya selamat. Lintasan hati ku berkata, janganlah KAU matikan anakku itu sebelum dia berjuang untuk islam.
Jam tepat 3.00 pagi, aku dipanggil ke wad bersalin kerana istiriku sudah sakit sangat dan sarat nak bersalin. Lalu ku masuk bilik tersebut, dan memegang tangan istiriku, lalu ku selawat sambil memberi semangat supaya dia dapat bersalin dengan mudah. Dalam keadaan istiriku menyebut-nyebut AllahuAkhbar, AllahuAkhbar, tiba-tiba keluar kepala seorang insan yang bergelar lalaki, lalu ku azan dan iqamah tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Hatiku gembira tidak terkata, sambil air mata mengalir dari raut wajah, syukur pada Ilahi, dia yang menciptakan segala. Moga-moga anakku itu menjadi pejuang yang hebat nanti.

KU berdoa :
Jadikanlah anakku itu anak yang bertakwa, yang alim, yang wara', yang hebat berjuang untuk islam, yang gagah, yang berani menentang musuh.
Lalu ku namakan dia..... Muhammad Salahuddin Al-Ayubi.

Monday, August 27, 2007

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM








PANEL
1. Dato' Dr Haron Din
2. Dato Ismail Kamus
3. Dato' Tuan Ibrahim Tuan man
4. Ust Kamal Shaari

Tempat : Tapak Kompleks PAS Pahang
Tarikh/masa : 30 ogos 2007 (khamis - 9.00 malam)

Pelancaran
- Kompleks PAS Pahang
- Web (akhbar online) PAS Pahang

Antara Khasiat Air Gau





Posted by Air Gau Enterprice on August 2nd, 2007

* Meneutrakan kadar asid dalam badan,sebagai sumber merawat penyakit
*Ph beralkali sebagai penjana tenaga
* Mengurangkan tekanan darah tinggi
* Mengurangkan kadar gula dalam darah
* Menambah hemoglobin sel darah merah
* Meningkatkan kecergasan badan
* Mencergaskan minda
* Memulihkan tenaga

http://airgau.wordpress.com/

Wednesday, August 22, 2007

DIALOG GERAKAN BERDIKARI RAKYAT KELANTAN


PUPUK DI PAHANG

LOKASI: kUANTAN
HOTEL GRAND CONTINENTAL
MASA : 24 OGOS 2007
8 MLM - 11 MLM

BERSAMA YB ZULKIFLI MAMAT

PENGENALAN SYARIKAT

PUPUK NILAI MURNI BERHAD adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee and Not Having a Share Capital) yang telah diperbadankan pada 10 Mei 2005. Syarikat ini ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan program latihan yang menggalakkan konsep berdikari di kalanganmasyarakat. Keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan akan digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

OBJEKTIF

Menjalankan aktiviti perniagaan bagi mendapatkan dana yang akan disalurkan kepada masyarakat.
• Meningkatkan tahap keusahawanan dan kemajuan ekonomi rakyat.
• Meningkatkan akhlak dan potensi diri dalam masyarakat.
• Melahirkan kesedaran kepentingan silang budaya dalam pembinaan tamadun


MOTTO

Berilmu – Berdikari

http://www.mypupuk.com/

Tuesday, August 21, 2007

PERBEZAAN PEMIMPIN BERTAKWA DAN MUNAFIK

Paklah yang bermuka-muka


Tuan Guru yang sentiasa mendoakan kesejahteran rakyat

LAWATAN JAPEN PAHANG KE SEKETERIAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN




Oleh Azwan,

Pada 14 ogos 200y yang lalu, Jabatan Penerangan PAS Pahang telah mengadakan lawatan rasmi ke Seketeriat kerajaan negeri kelantan.

Diantara objektif lawatan tersebut ialah mengumpul sebanyak maklumat berkenaan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk disesuaikan di Negeri Pahang nanti, dan juga adalah bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak risalah berkenaan dengan isu kelantan untuk disebarkan di Pahang.

Dua agenda besar dalam majlis lawatan tersebut, pertama taklimat daripada pegawai dan Ketua Penerangan PAS Kelantan disebelah paginya, manakala sebelah petang pula majlis perbincangan dan taklimat bersama Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan (PUPUK) yang dinaungi oleh YB zulkifli Mamat.

Dalam taklimat pegawai penerangan negeri Kelantan, Beliau menyebut ada 100 perubahan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan slogan "Kelantan Menerajui Perubahan", diantaranya ialah cuti wanita bersalin selama 2 bulan, kempen bulan sembahyang yang memakan belanja 1 juta ringgit, Skim takaful kifalah, dan lain-lain. Semua ini adalah untuk kebajikan rakyat kelantan.

Wednesday, August 8, 2007

PELANCARAN AKHBAR ONLINE PAS PAHANG










Pas Pahang akan melancarkan akhbar online ( caknasokmo.net ) pada 31 ogos 2007.
Laman web ini akan menyiarkan berita-berita daripada setiap kawasan dalam Pahang.

11 ogos 2007 - penerangan kepada pemberita-pemberita setiap kawasan

31 ogos 2007 - pelancaran

http://www.caknasokmo.net

Webmaster - Azwan
Ketua Pengarang - Roslan zainal
Editor - Khairy siasah
Wartawan - pemberita setiap kawasan

sebarang artikal boleh emailkan ke caknasokmo07@yahoo.com


Wednesday, July 25, 2007

TARBIYAH SATU KEPERLUAN HARAKAH

Mukaddimah

Umat Islam di jajah begitu lama , kekayaan bumi di punggah dan agama di pesongkan . Mereka di perintah berdasarkan agama penjajah . Agama dan plitik di pisahkan . Agama dianggap berkaitan ibadah sahaja atau hubungan dengan Allah semata mata . Penjajah keluar semenara dasar mereka di sambung oleh penganti dan suku sakat yang sealiran dengan mereka .

Apabila umat Islam mencapai kemerdekaan maka bangkitlah para ulama’ fuqaha’ dan guru guru agama mengajak umat Islam menghayati ajaran agama yang sebenarnya.

” Bahawasanya agama di sisi Allah hanyalah Islam ” surah Al Imran : 19 .

” Dan sesiapa yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup maka tuhan tidak akan menerima dan di akhirat nanti daripada orang orang yang rugi ;” Ali Imran : 85 .

Mereka mengajak umat Islam bersatu dalam satu jamaah , kumpuln atau parti ( PAS 1951 ). PAS bukan lah sebuah parti politikyang hanya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan danbergerak cergas di dalam siasah semata mata tetapi di natara usaha nya yang utama ialah ta’lim dan tarbiyah .

Oleh yang demkikian ta’ lim dan tarbiyah menjadi salah satu daripada program yang pertama dan utama di dalam perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS .

BENTUK TA’LIM DAN TARBIYAH :

1. Tarbiyah nizamiah ( formal ) melalui pondok pondok ,sekolah sekolah agama , pasti dll .
2. Tidak Nizamiah ( tidak formal ) seperti kuliah di masjid , usrah , qiamullail , rehlah dll .

Tujuan tarbiyah dalam harakah Islamiyah ialah untuk membentuk jiwa , mental dan jasmani untuk melahirkan seorang jundi bagi hizbullah .

Sifat sifat jundi .
bertakwa kepada allah .
beriltizam kepada jemaah .
berkemampuan memikul tanggungjawab dan boleh memimpin .
memilikki akidah yang soheh .
ibadah yang sempurna .
memahami syariat islam dan sirah Rasul saw dan sahabat baginda ,.
muamalah nya mestilah betul .
menghayati islam sepenuhnya .

SASARAN TARBIYAH

Semua orang islam menjadi sasaran dakwah tetapi anggota jamaah adalah menjadi sasaran tarbiyah yang utama mengikut tahap:

kepimpinan
Ahli ahli
anggota masyarakat .

Kesimpulan

Bahawa tarbiyah adalah satu satu nya proses pembentukan muslim yang mesti ujud di dalam mana mana harakah islamiyah yang mahu menjadikan ‘ baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur ‘.


USLUB DAKWAH

Mukaddimah :

Uslaub dakwah di perlukan bagi menjamin seseorang pendakwah tidak menyeleweng dari landasan penafsiran . Ianya mestilah bermula dari Al Quran yang telah di jamin kebenaran nya oleh Allah swt .

Uslub dakwah menurut al Quran .

Allah memerintah manusia berdakwah kejalan nya . Maksud ayat Surah An Nahl :125 .

“ Serulah kejalan Tuhan mu ( wahai Muhamad ) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas lah dengan mereka dengan cara yang lebih baik . “

Ayat di atas menunjukkan perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah , Tuhan yang mencipta mereka .

Uslub bermaksud teknik teknik yang boleh di guna bagi mencapai sesuatu matlamat . Antaranya ialah :

Hikmah .
Nasihat nasihat yang baik .
Bertukar tukar fikiran dengan cara yang lebih baik .

1. Uslub Hikmah :
Berkaitan Sifat :
- Pendakwah hendaklah bersifat menurut sifat sifat nabi saw seperti benar , amanah , tidak lekasmarah , sabar dan puas pengalaman .

Isi kandungan dakwah :
- bersumber dari Al Quran dan penerangan nya hendaklah menepati kebenaran serta dalil yang kuat dan tepat .


Alat dan strategi :
- segala alat dan strategi yang di gunakan hendaklah betul dan sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan dalam jemaah .

2. Nasihat yang Baik :

Nasihat yang baik adalah pesanan dan ingatan dengan apa yang di sukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya .

Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur , antara kebaikan dan kejahatan , antara taat dan maksiat , halal dan haram .Maksud firman Allah swt. ” Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu ( contoh kejadian kejadian berdasarkan ) peraturan peraturan Allah yang tetap , oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi ., kemudian perhatikan lah bagaimana akibat orang orang yang mendustakan Rasul ” .Surah Ali Imran ayat : 137 .

3. Berbincang dengan cara yang baik .

Menggunakan kata kata yang lemah lembut dan jauhi perkataan serta perlakuan yang kasar .

Maksud ayat : ” Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik , kecuali orang orang yang berlaku zalim di antara mereka .dan katakanlah kepada mereka (kami beriman kepada Al Quran yang di turunkan kepada kami dan kepada ( Turat dan Injil ) yang di tutunkan kepada kamu .dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah satu dan kepada Nya lah kami patuh dengan brserah diri . Surah Al Ankabut : 46 .

Maksud ayat : ” Pergilah kamu berdua kepada Firaun , sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufuran nya kemudian hendaklah kamu berkata kepada nya dengan kata kata yang lemah lembut .semoga ia beringat atau takut . Surah Taha : 43-44 .

Para da’i perlu lah membuat persiapan dari segi hujah , latihan , teknik berbincang yang baik supaya lahir seorang da’i yang berkarisma tinggi dalam berdiskusi .

Penutup

Sekiranya segala cara telah di lakukan namun mereka masih menolak dakwah maka para da’i tidak seharusnya di hantui oleh fikiran bahawa mereka telah gagal melaksanakan amanah Allah .Ini kerana soal hidayah dan penerimaan mad’u terhdap dakwah adalah dalam ruang lingkup kehendak Allah swt .

Halangan dan rintangan dalam perjuangan .

Mukaddimah :

Gerakan islam kebelakangan ini menghadapi berbagai bagai rintangan dan halangan . Umat islam di Algeria , Tunisia , Mesir , Palestin , dandi meratatempat di pelusok dunia di tekan hebat oleh musuh musuh islam yang di dalangi oleh kuasa kuasa besar dunia dan kuncu kuncu nya .Ini merupakan satu sunnah dan kita sebagai pejuang islam perlu lah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini .

1. Halangan halangan terhadap kerja dakwah .

- Tiada ketahanan jiwa :
- Kehidupan masyarakat yang menyimpang dari ajaran islam .( jahiliyyah moden )

Sekiranya pendakwah tidak mempunyai akidah yang teguh , budi yang luhur dan kesuugguhan yang kental sudah pasti mereka juga mendapatjangkitan penyakitpenyakit jahiliyyah moden yang sedang merebak ke dalam masyarakat Islam .

Halangan secara langsung terhadap pendakwah :

1. WANITA : Nikmat atau sumber yang boleh membawa padah .

Prinsip utama perkahwinan ;

niat yang baik – menyempurnakan agama .

” Daripada Anas bin Malik r.a telah bersabda Rasul saw ” Barangsiapa yng di kurniakan oleh Allah’ swt seorang permpuan yang soleh , maka sesungguhnya ia telah menolongnmya menyempurnakan separuh dari agama nya . Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam separuh lagi .” Riwayat At Tabrani

2. Pemilihan yang baik .
Rasul saw telah menjelaskan bahawa terdapat empat perkara yang dijadikan asas pemilihan pasangan iaitu agama ,
keturunan ,kecantikan dan kekayaan . Pemilihan di atas dasar agama mesti diberikan keutamaan .

3.Peribadi suami sebagai asas .
Islam mengingatkan para suami supaya jangan terlalu mengikut kemahuan isteri dan hendaklah menyelesaikan kehidupan rumah tangga dengan bijak mengikut neraca Islam . Saidina Umar r.a pernah berkata ’ Lawan lah kemahuan wanita itu kerana pada demikian itu ada berkatnya . ’


2. KEDUNIAAN .

1.Islam menjelaskan bahawakedudukan dunia itu jika di bandingkan dengan akhirat adalah sangat kerdil .

” Katakan lah ( wahai Muhamad ) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja dan hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang orang yang bertakwa .” Surah An Nisa : 77 .

2. Tidak menjadi kan dunia sebagai punca persaingan antara :

” ......demi Allah aku tidak takut kefakiran itu menimpa kamu semua tetapi aku amat takut apabila dunia di hampar di hadapan kamu .... ’ maksud hadis ( yang panjang ) di riwayatkan daripada Umar bin Auf .

3. TEKANAN DARI GERAKAN LAIN .
Gerakan yang bertyopengkan Islam yang hanya mengkritik dan menimbulkan keraguan kepada pendakwah ( Islam Hadhari )

Kesimpulan :

Demikianlah secara ringkasnya halangan di dalam peruangan dakwah semoga ia menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikan nya sebagai sempadan serta brwaspada terhadap cabaran cabaran itu .

HIMPUNAN PEMUDA PAHANG


diharapkan semua dapat menghadiri himpunan pemuda pahang ini bagi menjayakan misi pemanasan untuk berhimpun di kuala lumpur nanti...

Sunday, July 22, 2007

KOMPLEKS PAS PAHANG







KRONOLOGI PEMBINAAN KOMPLEKS PAS PAHANG

25 Mac 2006 – Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Pahang Meluluskan Pembelian Tapak Pertama Kompleks PAS Pahang di Kerdau
10 April 2006 – Pembayaran Pertama Tanah dilakukan
26 Ogos 2006 – Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Meluluskan Perolehan Tapak Kedua
19 September 2006 – Pembayaran Akhir Tapak Pertama dilakukan
19 FEBRUARI 2007 - Pembersihan Fasa Pertama
28 Februari 2007 – PEMBERSIHAN FASA KEDUA
10 Mac 2007 – Kerja Membersihkan Tapak SELESAI


Kos Fasa Pertama Dianggarkan RM6.6 Juta, Pembinaan Disasarkan Bermula Pada Oktober 2007.


SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI UNTUK MENJAYAKAN PEMBINAAN KOMPLEKSHUBUNGI : SMS - o13-9225143Email - bppnpahang@pas.org.my


BPPNP: BIMB 06028010000076

PAKATAN AMAL SEJAGAT : Maybank 556057201817


Sunday, July 8, 2007

JEMBORI AMAL KAWASAN KUALA KRAU



Gotong Royong Perdana

Bergambar bersama penduduk kampung...

Kg Purun, 7 julai 2007, Jembori Amal pemuda kawasan Kuala Krau telah berlansung selama 2 hari. Program tersebut telah dirancang dengan rapi daripada peringkat awal lagi dan diketuai oleh Ust Aris Faezol yang merupakan pengerusi unit amal kawasan merangkap timbalan ketua pemuda kawasan.

Diantara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah kawad, malam kesenian Islam, LDK, ceramah, gotong royong perdana dan banyak lagi.

Satu program yang amat berkesan ialah gotong royong. Hal ini kerana ia melibatkan sekali masyarakat setempat yang tidak mengira perbezaan politik dalam menjayakan gotong royong membersih kampung.

Program ini dirasmikan oleh Ust Rosli Jabar yang mana merupakan pengarah unit amal pahang. Program ini juga merupakan program pemanas bagi program himpunan pemuda pahang.

Tuesday, July 3, 2007

SUKAN PASTI KEBANGSAAN 2007 - PADANG PERDANA KOTA BHARU KELANTAN

Oleh Azwan,

Kontijen bersiap untuk perbarisan



Taklimat jurulatih...




Thursday, June 14, 2007

GOTONG ROYONG MENYIAPKAN TANDAS GURU PASTI







Oleh Azwan

Kg Purun: Pada 14 jun 2007, khamis, satu gotong royong telah diadakan di Kg. Purun untuk menyiapkan tandas sebuah rumah seorang penduduk yang memberi keizinan kepada seorang Guru PASTI untuk menetap di situ yang berkhidmat di kampung tersebut.

Seramai lebih kurang 10 orang penduduk kampung dalam membantu menyiapkan tandas rumah tersebut, yang mana diketuai oleh Ust Nafiri Toazi yang merupakan Iman Masjid Kg Purun.

Khidmat bakti yang dicurahkan oleh Guru tersebut, yang mana beliau merupakan guru PASTI di sebelah paginya dan Ustazah KAFA pada sebelah petangnya amat dihargai oleh penduduk kampung, tidak mengira parti politik.

Beliau, Pn.Noziah bt Ibrahim yang berasal daripada Kelantan, merupakan graduan daripada UiTM Jengka yang mempunyai kelulusan dalam bidang sains gunaan sanggup berkorban, walaupun mendapat pekerjaan yang lebih baik dan pernah ditawarkan menjadi pegawai kerajaan, tetapi kerana cinta dan kasihnya yang mendalam pada pendidikan islam, beliau sanggup tinggalkan. Walaupun mendapat elaun lebih kuran 3, 4 rastus sahaja.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk kampung, kerana membantu. - dari Guru PASTI dan suaminya En.Azwan.

" Orang berbudi kita berbahasa "






Tuesday, June 12, 2007

SIAPA PEMBELA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PAHANG ?


Oleh Azwan,

Rata-rata kita melihat semua orang berkejar-kejar menghadapi pilihanraya, sampai ada yang berebut-rebut menjadi calon dan mencari kedudukan sendiri.

Dalam asyik seronok dalam tipu daya musuh, salah satu aset Pendidikan Pas Pahang begitu terabai pada pandangan semua. Sekolah Agama Ar-Rasyidin yang bilangan pelajar begitu sedikit dalam likungan 30 orang ke bawah, mampukah akan melahirkan ulama’ pelapis yang akan menyambung perjuangan ini.

Adakah kita semua melihat dengan semua orang bekerja keras untuk pilihanraya sahaja baru lah islam akan menang dan diterima. Sebagai contoh, apakan pendidikan PASTI tidak diterima oleh masyarakat, atau pun kerja keras UNIT AMAL membantu masyarakat tidak diterima orang lain.

Negeri Kelantan, satu-satunya negeri yang PAS menang, apa yang ada pada Kelantan ? Budaya ilmu, masjid-masjid yang hidup di setiap kampung, sekolah agama yang diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, dengan sekolah pondoknya, tahfiznya, sekolah agama rakyatnya dan pelbagai pendidikan islam dibina.

Baru-baru ni saya balik Kelantan, berada di rumah di kampung, ada seorang pakcik mohon sumbangan untuk membina sekolah agama. Persoalan di minda saya ialah, dalam keadaan sekolah agama yang begitu banyak pun, masih lagi mereka bersungguh untuk membina sekolah agama. Mereka betul-betul cukup yakin, Ulama sebagai pewaris Nabi.

Apakah kesungguhan kita ? Orang Kelantan, dalam keadaan sekolah agama yang banyakpun mereka masih berusaha untuk menambahnya, sedangkan kita sebuah sekolah agama yang kita miliki pun kita tidak dapat membela dan majukannya.

Apakah Waki’e Pahang ? Waki’e Pahang ialah menjadikan Pas Pahang sebagaimana kelantan. Masjid-masjid Pahang, Sekolah Agama Pahang mesti menjadi budaya macam kelantan. Semangat budaya ilmu mesti sama semangat orang Kelantan.

Sunday, May 20, 2007

KONVENSYEN PAS PAHANG



Oleh Azwan
Pada 20 Mei 2007 telah berlansung Konvensyen Pas Pahang yang diadakan di Dewan Besar, Pas Kawasan Jerantut di Temin. Peserta sasaran dalam tersebut ialah Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri, Dewan Harian dewan-dewan di peringkat negeri, dewan harian di peringkat kawasan-kawasan dan dewan harian dewan-dewan di peringkat kawasan.

Majlis tersebut bermula dengan pendaftaran, perbarisan Unit keselamatan, Unit amal dan Nisa’, perbentangan laporan tahunan negeri oleh Setiausaha perhubungan, dan Ucaptama Pesuruhjaya Pas pahang pada sebelah paginya. Manakala di sebelah petang pula majlis diteruskan dengan perbahasan perwakilan daripada kawasan-kawasan dan dewan-dewan serta perasmian penutup oleh Ust Nasharudin Mat Isa ( Timbalan Presiden Pas ).

Di antara perbahasan-perbahasan perwakilan pada hari tersebut ialah berkenaan pilihanraya, penerangan, kelemahan tarbiah, pendidikan dan isu-isu menarik. Perbahasan perwakilan yang sangat menarik pada konvensyen tersebut ialah, ucapan dewan pemuda negeri dan dewan ulama’ negeri. Ucapan mereka menyentuh jiwa perwakilan dan memberi suntikan semangat baru kepada peserta konvensyen.

Ucapan menarik Dewan Ulama Negeri, Ust nafiri bin Toazi, yang menyeru perwakilan supaya menghayati kembali tarbiah dan kembali kepada akidah islam yang sahih. Hasil daripada pemantapan tarbiah.

KARNIVAL SUKAN PASTI PAHANG 2007











Oleh Azwan,
Pada 19 Mei ( Sabtu ) yang lalu, satu Kanival Sukan Pasti Pahang 2007 telah diadakan di padang Felda Purun Bera yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program tersebut dirasmikan oleh Ust Suhaimi bin Saad ( Timbalan Ketua Pemuda Pas Pahang ) di majlis penutupan pada sebelah petangnya.

Karnival sukan tersebut, disertai oleh sepuluh pasti kawasan-kawasan dan mempunyai dua permainan yang besar iaitu bola sepak bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Permainan bola sepak, sebanyak sepuluh pasukan yang bertanding, manakala permainan bola jaring sebanyak lapan pasukan yang bertanding.

Selain pertandingan bola sepak dan bola jaring, karnival ini juga dimeriahkan dengan acara orang dewasa iaitu boling padang untuk kaum muslimat dan tendang bola bagi orang lelaki.

Hasil daripada pertandingan tersebut, Pasti kawasan Bera mendapat johan bagi acara bola sepak dan Pasti kawasan Kuantan menjuarai bagi acara bola jaring. Pasti-pasti yang menjuarai pertandingan ini, akan di bawa ke pertandingan sukan pasti di peringkat kebangsaan pada penghujung jun nanti.

Karnival ini juga, mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa pelajar dan kebanyakan ibu bapa hadir pada hari tersebut untuk memberi sokongan kepada anak masing-masing. Selain itu, karnival ini juga diraikan oleh penduduk setempat, ramai yang datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Majlis berakhir selepas perasmian penutup dan pembahagian hadiah-hadiah kepada pemenang.

Wednesday, May 16, 2007

AGENDA TARBIAH – JANGAN SEPERTI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SEMATA-MATA.

Oleh Azwan

Tarbiah adalah suatu agenda yang mesti berterusan dan bukannya seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Hal ini kerana, agenda tarbiah merupakan satu agenda yang cukup besar untuk dilaksanakan tanpa mengira batasan masa dan bila sekalipun, bahkan lagi-lagi dalam suasana menghadapi pilihanraya.

Ramai yang salah anggap, apabila kita menghadapi suasana pilihanraya, lalu agenda tarbiah diketepikan. Kita mungkin lupa, walaupun kita hebat dalam strategi tetapi kita akan gagal juga kalau hubungan dengan Khalid ( Allah ) kita lemah.

Oleh yang demikian, usrah di setiap peringkat mesti dihidupkan, supaya akan melahirkan para amilin yang ikhlas berjuang, tautan-tautan hati sesama sahabat sangat kuat dan akhirnya akan menghasilkan kemenangan yang hakiki.

Al-Maududi pernah menyebut dalam kitabnya “Kejayaan Harakah Islamiah” persatuan,-persatuan islam, gerakan-gerakan islam akan gagal jika tidak mempunyai tautan hati yang kuat sesama ahli. Tidak perlu kita hendak melangkah lebih jauh lagi, kalau suatu benda asas ini pun kita tidak dapat melaksanakannya dengan baik.

Ajk Dewan Ulama’ Pas Negeri Pahang. Ust.Nafiri bin Toazi juga pernah menyebut, berlakunya pergaduhan, perpecahan, perebutan menjadi calon dan lain-lain masalah pas adalah disebabkan agenda tarbiah ditinggalkan bermula selepas pilihanraya tahun 1999 lagi.

Oleh itu, saya seru sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama kembali kepada asas islam iaitu akidah dan marilah kita hidupkan agenda tarbiah supaya akidah islam yang sahih meresap ke dalam setiap jiwa yang bergelar pejuang.

Monday, May 14, 2007

LAWATAN AMILIN PAS PAHANG KE PEJABAT AGUNG PAS PUSAT DAN PEJABAT HARAKAH




Oleh Azwan
Pada 10 mei yang lalu, Amilin pas pahang telah membuat satu lawatan kerja ke pejabat Agung Pas Pusat dan pejabat Harakah. Lawatan ini diketuai oleh En.Roslan bin Zainal ( Setiusaha Kerja Pas Pahang ) dan bersama-samanya ialah suk-suk kawasan, dewan-dewan dan juga pegawai-pegawai jabatan.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapat maklumat-maklumat terkini dari pejabat agung dan juga ingin mengetahui keadaan yang sebenar berkenaan dengan pembikinan akhbar harakah yang merupakan salah satu media bagi PAS.

Prasana dan infrustruktur pejabat Agung Pas yang baru memberi suntikan semangat kepada peserta rombongan dan bertambah yakin lagi bahawa pas adalah Parti yang bersedia untuk memerintah.

Saturday, May 12, 2007

PASTI PAHANG MENDAPAT PENGARAH BARU


OlehAzwan

Muktamar pemuda pas pahang pada 6 mei 2007 yang lalu, menggegarkan Jabatan Pasti Pahang apabila bekas pengarah pasti pahang En.Kamaruddin bin Salim yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun bersama Pasti telah berundur daripada jawatannya.
Hasil daripada mesyuarat dewan pemuda pas negeri pahang yang pertama sesi 2007-2009 telah memutuskan jawatan tersebut diambil alih En.Roazlan bin Yaakub yang merupakan setiausaha pasti negeri sebelum ini.

Menurut Setiausaha kerja Pasti Pahang, En Mohd Azwan Zainudin, mantan pengarah pasti pahang itu merupakan seorang yang cukup berkaliber dan banyak jasanya kepada pasti pahang dalam 10 tahun ini. Jabatan pasti pahang mengharapkan, walaupun beliau telah melepaskan jawatannya, namun segala idea-idea dan pengalamannya yang luas dapat dikongsi dengan ahli lembaga pasti yang akan dilantik nanti.

Pelepasan jawatannya tidak sia-sia, kerana penggantinya merupakan anak didiknya dan merupakan orang yang sangat serius dalam menjalankan tugas serta cukup tegas dalam membuat sebarang keputusan.

Dan kita mengharapkan, dengan perlantikan pengarah baru ini, dapat memajukan lagi pasti pahang ke hadapan dan nama pasti mendapat tempat pada hati masyarakat।