Saturday, May 12, 2007

PASTI PAHANG MENDAPAT PENGARAH BARU


OlehAzwan

Muktamar pemuda pas pahang pada 6 mei 2007 yang lalu, menggegarkan Jabatan Pasti Pahang apabila bekas pengarah pasti pahang En.Kamaruddin bin Salim yang berkhidmat lebih daripada 10 tahun bersama Pasti telah berundur daripada jawatannya.
Hasil daripada mesyuarat dewan pemuda pas negeri pahang yang pertama sesi 2007-2009 telah memutuskan jawatan tersebut diambil alih En.Roazlan bin Yaakub yang merupakan setiausaha pasti negeri sebelum ini.

Menurut Setiausaha kerja Pasti Pahang, En Mohd Azwan Zainudin, mantan pengarah pasti pahang itu merupakan seorang yang cukup berkaliber dan banyak jasanya kepada pasti pahang dalam 10 tahun ini. Jabatan pasti pahang mengharapkan, walaupun beliau telah melepaskan jawatannya, namun segala idea-idea dan pengalamannya yang luas dapat dikongsi dengan ahli lembaga pasti yang akan dilantik nanti.

Pelepasan jawatannya tidak sia-sia, kerana penggantinya merupakan anak didiknya dan merupakan orang yang sangat serius dalam menjalankan tugas serta cukup tegas dalam membuat sebarang keputusan.

Dan kita mengharapkan, dengan perlantikan pengarah baru ini, dapat memajukan lagi pasti pahang ke hadapan dan nama pasti mendapat tempat pada hati masyarakat।