Tuesday, September 4, 2007

PIDATO PEMUDA PAHANG



Oleh Basirun

Wakil Bera Johan Pidato Merdeka 2007.
Bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak (Kiri) menyampai cenderahati kepada Johan Pidato' pemuda PAS Pahang, Kamaruzaman Mat Isa, yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bera.

Bera muncul juara dalam pertandingan pidato’ Kemerdekaan Pemuda PAS peringkat negeri Pahang 2007.

Wakil Bera Kamaruzaman Mat Isa 33, akan mewakili Pahang ke Pertadingan Pidato Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada 7 & 8 September ini di Kota Bahru.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zaki Ibrahim yang mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Inderamahkota manakala Mohd Shukri Suib wakil Temerloh tempat ketiga.

Pertandingan pidato’ tersebut dianjur Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri sempena menyambut kemerdekaan negara ke -50 bertujuan mencungkil bakat baru bagi mewakili pemuda Pahang kepertandingan peringkat pusat.

Pertandingan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang di jalan Sudirman 6, dekat sini.Pemenang menerima hadiah wang tunai dan cenderahati disampaikan bendahari Pemuda PAS Pahang, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak yang mewakili Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasruddin Hasan Tantaw.